JPJ Tawar Potongan Kompaun Memandu Tanpa Lesen

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2016 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan pengurangan kadar kompaun kepada pengguna jalan raya yang tidak mempunyai lesen memandu atau lesen telah tamat tempoh.

JPJ dalam kenyataan pada Rabu berkata, pengurangan kompaun daripada jumlah maksimum RM300 itu ditawarkan secara berperingkat kepada pemandu kenderaan dan juga penunggang motosikal yang melakukan kesalahan itu.

"Di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemandu kenderaan atau penunggang motosikal yang didapati memandu atau menunggang tanpa lesen memandu atau lesen mereka tamat tempoh, boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM300.

"Namun demikian, sekiranya pesalah menjelaskan kompaun dalam tempoh yang ditetapkan, kadar pengurangan bayaran akan ditawarkan kepada mereka," katanya.

Menurut kenyataan itu, bagi motosikal, jika bayaran dibuat dalam tempoh satu hingga 15 hari, kompaun ditawarkan sebanyak RM100, 16 hingga 30 hari (RM150), 31 hingga 60 hari (RM250). 

Bagi lain-lain kenderaan, jika bayaran dibuat dalam tempoh satu hingga 15 hari, kompaun yang ditawarkan adalah sebanyak RM150, 16 hingga 30 hari (RM200), dan 31 hingga 60 hari (RM300). 

Pembaharuan lesen memandu yang telah tamat tempoh boleh dibuat di semua pejabat JPJ mahupun agensi yang dilantik tanpa dikenakan kompaun.

Pembaharuan lesen itu hanya tertakluk kepada lesen memandu yang tamat tempoh tidak lebih daripada tiga tahun. 

JPJ juga ingin menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan mempercayai sebarang mesej JPJ melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp yang tidak mempunyai sumber sah. 

"Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, orang awam dinasihatkan untuk merujuk terus kepada jabatan ini dan tidak turut serta menyebarkan salah faham (berkaitan JPJ)," demikian menurut kenyataan itu. -- Bernama 



Tags / Kata Kunci: JPJ , lesen

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan