Penemuan Tapak Kaki Petanda Badak Sumbu Sumatera Belum Pupus

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2016 12:35 PM

Seekor daripada tiga badak sumbu, dinamakan sebagai Tam dipelihara di Santuari Badak Sumbu Born dan masih berada dalam keadaan baik serta dianggarkan berusia kira-kira 30 tahun.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Tindakan saintis mengisytiharkan spesies badak sumbu Sumatera telah pupus di Malaysia mungkin terlalu awal apabila tapak kaki haiwan itu ditemukan di Lembah Danum di Sabah, baru-baru ini.

Tapak kaki tersebut dipercayai milik badak sumbu telah memberikan harapan kepada saintis dan aktivis haiwan tentang kewujudan haiwan berkenaan.

Ia ditemukan oleh pasukan tinjauan pusat kajian hutan simpan antarabangsa terkemuka antara 16 Ogos dan 29 Ogos lalu.

"Kami percaya tapak kaki itu milik badak sumbu Sumatera, tetapi masih belum ada pengesahan setakat ini.

"Namun penemuan ini memberi harapan bahawa spesies tersebut masih wujud lagi.

"Setakat ini, badak sumbu berkenaan tidak dilihat atau gambarnya diambil di kawasan pemantauan," kata Pengurus Program Pemuliharaan Hutan Hujan Sabah WWF, Sharon Koh Pei  Hui kepada media, Rabu.

Pasukannya antara 10 pihak yang melakukan tinjauan di Lembah Danum sebagai sebahagian usaha Yayasan Sabah untuk mengukuhkan program stragetik pemulihan kawasan hutan hujan seluas 438 kilometer persegi.

Sharon yang tidak memberitahu lokasi tepat tapak kaki itu ditemukan berkata, mereka perlu kembali ke hutan tersebut bersama pakar dari Persekutuan Badak Sumbu Borneo, Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Jabatan Perhutanan untuk melakukan kajian lanjut.

Namun beliau menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan berlaku pencerobohan oleh pihak lain, termasuk pemburu berdekatan lokasi tapak kaki itu ditemukan.

"Kami menemui kesan pada pokok seolah-olah ada pihak menceroboh kawasan itu, sekali gus berpendapat lokasi itu perlu dilindungi," katanya sambil menambah kawasan berkenaan terletak berhampiran ladang.

Ditanya sama ada tapak kaki itu mungkin milik gajah atau lembu, Sharon menolak kemungkinan tersebut kerana tiada bukti yang menunjukkan jejak atau kerosakan yang dicetuskan oleh gajah di kawasan terbabit.

Hanya tiga badak sumbu Sumatera yang ditangkap dan dijaga di Sabah, tetapi kelibat haiwan itu tidak pernah muncul lagi di kawasan hutan sejak 2011.

Kali terakhir badak itu dilihat di Semenanjung Malaysia pada 2007.

Tahun lalu, 11 saintis mengisytiharkan badak sumbu Sumatera telah pupus di hutan di Malaysia.

Bagaimanapun aktivis haiwan tempatan masih berpegang pada harapan bahawa spesies itu masih wujud di kawasan hutan simpan, sama ada di Lembah Danum atau Kawasan Pemuliharaan Tabin di Lahad Datu.

Seperti kes di Kalimantan Tengah, Indonesia, haiwan itu turut dipercayai telah pupus tetapi kamera yang dipasang oleh WWF merakamkan dua badak sumbu di kawasan hutan kira-kira tiga tahun lalu.

Ketiga-tiga badak sumbu itu ditempatkan di Santuari Badak Sumbu Borneo dan mempunyai masalah pembiakan.

Tags / Kata Kunci: Badak Sumbu Sumatera , WWF , Lembah Danum

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan