Kren Tumbang: Syarikat Pembinaan Kerjasama Dengan Pihak Berkuasa

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2016 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mammoth Empire Construction Sdn Bhd akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung insiden kren tumbang di tapak pembinaan Empire City di Damansara Perdana pada Isnin.

Syarikat itu mengakui bahawa Jabatan Kesihatan dan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah melawat tapak pembinaan berkenaan.

"Mereka juga telah menjalankan siasatan masing-masing dengan mengambil kira aspek keselamatan kejadian itu," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Syarikat itu berkata, mereka akan bekerjasama dengan kedua-dua pihak berkuasa ke arah memastikan pematuhan semua langkah-langkah keselamatan dan prosedur operasi standard.

Sebuah kren dilaporkan terbalik di tapak pembinaan pada Isnin.

Tiada siapa yang cedera dalam kejadian itu.

Tags / Kata Kunci: Kren Tumbang , Damansara Perdana

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan