Paulsen, Mandeep Beri Keterangan Kepada Polis Isu Dana Asing

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2016 8:24 PM

Eric Paulsen.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aktivis dari Lawyers for Liberty dan Bersih 2.0 memberikan keterangan kepada polis selepas dipanggil untuk disoal siasat berhubung dana yang didakwa diterima daripada Yayasan Masyarakat Terbuka (OSF).

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen tindakan itu sebagai 'menyasarkan pihak yang tidak sepatutnya' berhubung dakwaan konspirasi untuk menggulingkan kerajaan menerusi dana asing.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar bangunan polis Bukit Aman pada Selasa, sejurus selepas memberikan keterangannya.

Katanya, organisasi yang dipanggil untuk disoal siasat berhubung isu itu semuanya telus dan tidak melakukan sebarang kesalahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Peguamnya, S. Sivarasa berkata, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk pemerhati hak asasi manusia Suaram dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) turut akan dipanggil ke balai polis bagi memberikan keterangan mereka berhubung isu sama, masing-masing pada Rabu dan Khamis.

Sivarasa berkata, maklumat berhubung dana Bersih secara terbuka diisytiharkan oleh pertubuhan itu sebelum ini dan beliau meminta supaya mengakhiri perkara berkenaan.

Menurut Sivarasa, setiap aktivis disoal siasat polis selama tidak lebih dari 30 minit.


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan