Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya Dapat Perhatian OIC - PM Najib - Berita Semasa | mStar

Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya Dapat Perhatian OIC - PM Najib

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2016 4:30 PM

Etnik Rohingya berteriak menggesa kerajaan Myanmar menghentikan kekejaman terhadap etnik itu pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa pada 4 Disember 2017.

(Ubah saiz teks)

ISKANDAR PUTERI:Kekuatan suara rakyat Malaysia pada Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad lepas berjaya menarik tumpuan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kata  Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata susulan daripada perhimpunan itu, OIC akan mengadakan mesyuarat peringkat Menteri Luar dalam tempoh terdekat bagi membincangkan khusus isu penindasan Rohingya.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia akan berurusan dengan Sekretariat OIC mengenai mesyuarat itu yang diadakan bagi memastikan isu Rohingya dapat ditangani dengan sebaik-baiknya.

"Perhimpunan yang kita adakan Ahad lalu didengari OIC dan mereka akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan apa yang menimpa etnik Rohingya," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran ulang tahun ke-10 Iskandar Malaysia di EduCity di sini, Selasa.

Perhimpunan itu, yang turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengumpulkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta tokoh-tokoh politik, masyarakat dan negara sebagai tanda solidariti bagi menentang kekejaman terhadap etnik Rohingya.




Tags / Kata Kunci: Najib , Rohingya , PAS
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan