Kerajaan Tidak Keluarkan Notis Kenaikan Harga Minyak Kepada Peniaga - Hamzah

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 1:31 PM

Hamzah Zainudin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin menafikan kerajaan pernah mengeluarkan notis pemberitahuan mengenai kenaikan harga minyak masak kepada peniaga sebelum kenaikan harga baharu dilaksanakan.

Hamzah membuat penjelasan bagi memperbetulkan persepsi masyarakat yang mengatakan antara punca peniaga menyorok stok minyak masak, adalah disebabkan notis awal kenaikan harga yang dikeluarkan kerajaan.

"Saya nak perbetulkan tentang isu minyak masak, kerajaan bagi notis seolah-olah kerajaan akan naikkan harga, itu tidak betul. Kerajaan tidak pernah keluarkan notis pemberitahuan tersebut," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini.

Beliau menjawab soalan tambahan Khairiah Mohamed yang ingin tahu mengenai aduan pembeli terhadap peniaga yang menyorok barang minyak masak sebelum kenaikan harga diumumkan kerajaan.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, rakyat digalakkan mendaftar sebagai sukarelawan 'Friends of KPDNKK' (FOK) bagi mendapat manfaat dari segi kepenggunaan.

Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Tan Sri S. Nallakaruppan mengenai kejayaan program FOK dalam menangani kenaikan harga barang, katanya setakat ini, kementerian telah menerima seramai 400,000 penyertaan bagi program itu.

Menerusi penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS), harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 tetapi minyak masak dalam botol dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 November lepas. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Hamzah Zainudin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan