Sultan Johor Hadir Tahlil Setahun Kemangkatan Tunku Abdul Jalil

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 9:25 PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil sempena setahun kemangkatan Tunku Laksamana Almarhum Tunku Abdul Jalil di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada Isnin. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin dan Tahlil sempena setahun kemangkatan anakanda baginda, Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil, di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, Isnin.

Turut berangkat hadir ke majlis itu ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta adindanya Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga menghadiri majlis tersebut.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismail Karim, Speaker Dewan Undangan Negeri Tan Sri Mohamad Aziz serta barisan exco kerajaan negeri.

Majlis itu diadakan selepas solat Maghrib yang diimamkan oleh Imam Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ustaz Mahadir Abdan Al Hafiz.

Bacaan Yasin dan Tahlil dipimpin oleh Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Shamsuddin.

Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada 5 Disember 2015 akibat kanser hati. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan