Subramaniam: Solidariti Untuk Rohingya Bukan Bermakna Umno-PAS Bekerjasama

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 3:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penglibatan Umno dan PAS dalam Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya pada Ahad dengan menyaksikan kedua-dua presiden parti berkongsi pentas yang sama tidak bermakna mereka menjalinkan kerjasama.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, beliau tidak melihat himpunan itu sebagai tanda merapatkan hubungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau menafikan perhimpunan itu memberi isyarat wujudnya gabungan baru antara Umno apabila berkongsi stadium dan pentas dengan parti pembangkang.

"Pelbagai isu berlaku di mana-mana di Myanmar atau negara-negara lain perlu dilihat dari sudut kemanusiaan dan pandangan saya adalah tidak perlu mengaitkan perkara ini dengan kaum atau agama.

"Pandangan mengenai Rohingya merupakan pandangan Barisan dan ia tidak dilihat sebagai kerjasama antara Umno dan PAS berasaskan agama," kata Subramaniam.

Umno dan PAS berhimpun di Stadium Titiwangsa bagi membantah tindakan pembersihan etnik Rohingya beragama Islam di Myanmar.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan