DAP Sepatutnya Malu Puja Dr M - Liow

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 10:24 PM

Tun M (baju merah) bersama barisan kepimpinan DAP dan parti pembangkang yang lain.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP dikecam kerana membenarkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir pada konvensyen peringkat kebangsaan parti itu pada Ahad.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemimpin DAP berpegang teguh kepada prinsip politik tetapi realitinya mereka tidak pernah mengamalkan nilai-nilai tersebut.

"Lelaki itu yang menggelar DAP sebagai parti rasis tapi sekarang Dr Mahathir kata sebaliknya.

"Lelaki itu juga yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk meletakkan pemimpin DAP di dalam penjara tapi sekarang beliau memeluk dan menciumnya.

"DAP menuduh beliau sebagai diktator tetapi sekarang mereka memujanya," kata Liow dalam satu kenyataan pada Isnin.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata pemimpin DAP sepatutnya berasa malu kerana ada segelintir anggotanya yang kini mempertikaikan tindakan tersebut.

"Lim Guan Eng benar-benar mengetepikan prinsip politik hanya seperti beliau meminta masyarakat Cina menyokong PAS pada pilihan raya umum yang lalu," katanya.

Beliau berkata Lim dan beberapa pemimpin DAP lain berkempen kuat untuk PAS dengan menggesa pengundi Cina agar tidak melupakan sekutu mereka.

Pada masa sama, beliau turut menggesa ahli DAP supaya keluar parti untuk menunjukkan kepercayaan mereka terhadap prinsip politik.


Tags / Kata Kunci: DAP , Lim Guan Eng , Dr Mahathir

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan