Kes Tembakan Rambang: Badut Tidak Berpeluang Gembirakan Anak Sendiri

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 12:24 PM

RAKAN rapat Hon Ming bersama ibu mangsa, Koo Saw Hean (tengah, seluar hijau) di majlis penghormatan yang diadakan di Jalan Batu Gantung pada 4 Disember 2016. - CHARLES MARIASOOSAY/ The Star/04/December 2016.

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Seorang daripada mangsa yang terbunuh dalam tragedi tembakan rambang di Pulau Pinang, tidak berpeluang untuk membuatkan anaknya sendiri ketawa apatah lagi dia merupakan seorang pelawak profesional.

Lebih memilukan, pada hari kejadian, mangsa Choi Hon Ming sempat menghantar imej kepada isterinya, Sun Siew Chin yang bekerja sebagai jururawat di Arab Saudi sejak tahun lalu, yang menunjukkan dia sedia membasuh botol susu, menukar lampin dan bangun setiap malam demi anak mereka.

Pasangan itu mendaftarkan perkahwinan mereka pada Julai lalu dan merancang untuk mengadakan majlis pada Disember tahun depan.

"Hon Ming menghantar imej tersebut pada pukul 12.32 tengah hari waktu Malaysia pada Khamis. Itu kali terakhir dia bermesej dengan saya.

"Saya menghantar mesej kepadanya pukul 10.24 malam tetapi mesej tersebut tidak sampai kepadanya," kata wanita berusia 32 tahun itu.

Kenangan Hon Ming (kiri) dan Siew Chin ketika mendaftarkan perkahwinan pada Julai lalu.

Menurut  Siew Chin, dia hanya mengetahui kematian suaminya pukul 3 pagi, lebih tujuh jam selepas insiden tembakan tersebut.

"Saya mengikut berita tentang kejadian itu menerusi Internet dan tidak sedar bahawa Hon Ming merupakan antara mangsa yang terbunuh.

"Kemudian, rakannya memaklumkan kejadian sebenar kepada saya," kata Siew Chin ketika ditemukan di Batu Gantung, Ahad.

Wanita itu menyifatkan Hon Ming sebagai seorang lelaki yang baik dan penyayang.

"Dia sering menelefon setiap pagi untuk memastikan saya bangun dan bersiap ke tempat kerja," katanya.


Tags / Kata Kunci: Tembakan Pulau Pinang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan