Maha 2016: Kempen 'Tak Nak Sirip Ikan Yu' Dilancar

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 4:20 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Kempen 'Tak Nak Sirip Ikan Yu' peringkat kebangsaan dilancarkan pada Isnin sempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2016 (Maha 2016) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.

Jabatan Perikanan berkata kempen berkenaan yang bertujuan mengurangkan permintaan terhadap sirip ikan yu membuktikan Malaysia turut prihatin terhadap konservasi ikan yu di arena nasional, serantau dan antarabangsa.

"Jabatan Perikanan ingin menyeru kepada pihak swasta termasuk pengusaha restoran dan hotel untuk menyokong langkah murni ini dengan tidak menyediakan sajian sup sirip ikan yu dalam jamuan mereka.

"Ini adalah penting bagi merealisasikan kejayaan kempen dan seterusnya memastikan kemampanan sumber ikan yu di perairan laut negara," kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Kempen berkenaan dilancarkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar yang majlisnya turut dihadiri Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ismail Abu Hassan.

Maha 2016 yang merupakan ekspo pameran pertanian terbesar Malaysia berlangsung di MAEPS Serdang dari 1 hingga 11 Disember dengan tema 'Makanan Kita, Masa Depan Kita'.

Menurut Jabatan Perikanan, kumpulan sasar kempen berkenaan ialah pemilik hotel dan restoran makanan laut, pengimport dan pengeksport produk berasaskan sirip ikan yu, badan bukan kerajaan, pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi, orang awam serta nelayan.

China dan Hong Kong telah mengharamkan sajian sup sirip ikan yu untuk semua majlis rasmi kerajaan.

Malaysia turut mengharamkannya dalam jamuan rasmi kerajaan pada 21 Mei 2014. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan