Kebakaran HSA: KKM Masih Tunggu Laporan JKR

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 5:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) masih menunggu laporan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi-agensi terbabit mengenai kebakaran tingkat dua unit rawatan rapi selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Baru pada 25 Oktober lepas.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata setakat ini, pihaknya telah menerima laporan awal daripada HSA mengenai kejadian itu dan sedang menelitinya.

"Kami berbincang dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengenai perkara terperinci (laporan) dan menunggu laporan JKR dan agensi lain sebelum kita boleh membuat keputusan tentang kejadian itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Ampang dekat sini, Isnin.

Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata kementerian bercadang menambah baik fasiliti di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang dalam masa terdekat.

Ini kerana, katanya, ramai pesakit mendapatkan rawatan bagi kes-kes bukan kecemasan di jabatan kecemasan hospital itu.

"Mereka (pesakit) menyatakan bahawa ia (jabatan itu) adalah tempat di mana mereka boleh datang dan mendapatkan rawatan serta merta berbanding tempat lain di mana mereka perlu membuat temu janji.

"Proses ini perlu dipermudahkan supaya orang ramai boleh menghubungi dan pergi ke bahagian berkenaan...jadi, mereka tidak perlu ke jabatan kecemasan untuk kes seperti selesema dan batuk," jelasnya.

Dr Subramaniam berkata kementerian akan meninjau klinik-klinik di kawasan itu untuk meningkatkan keupayaan merawat kes-kes bukan kecemasan.

"Ini adalah sebahagian daripada cara di mana kita cuba mengoptimumkan kemudahan di klinik supaya hospital digunakan dengan sewajarnya,"kata beliau. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: KKM , JKR , Kebakaran HSA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan