Kerajaan Peruntuk Dana Khas Bantu Usahawan Muda - Najib

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 11:53 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kerajaan akan menyediakan peruntukan khas menerusi dana daripada Khazanah Nasional Berhad untuk membantu usahawan muda memenuhi potensi sebenar mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya akan membuat pengumuman khas pada Selasa mengenai bantuan ini dalam bentuk geran yang akan membantu usahawan muda mengembangkan perniagaan mereka," katanya dalam satu ucapan di Tampoi, malam Isnin.

Beliau ditemani Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Parlimen Johor Baru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Najib dijangka membuat beberapa pengumuman semasa ulang tahun ke-10 Iskandar Malaysia yang diadakan di Stadium Tertutup Educity pada Selasa.

Terdahulu, masyarakat setempat di sini tidak melepaskan peluang untuk mendekati dan bergambar dengan Najib sempena program mesra bertemu rakyat di Kilang Bateri di sini, malam Isnin.

Najib kemudian mengadakan lawatan dan bertemu pengunjung serta peniaga di pusat perniagaan 100 peratus milik Bumiputera itu.

Perdana Menteri, yang berada di bandar raya ini untuk lawatan kerja dua hari itu meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra dengan lebih 500 pengunjung di situ.

Kilang Bateri, yang dahulunya cukup sinonim dengan penghasilan bateri jenama 'Eveready', tetapi kini ia berubah wajah menjadi tempat bersantai serta menjamu selera popular di bandar raya ini.

Kilang Bateri, yang merangkumi kira-kira 184 gerai makanan, minuman, pakaian, pusat kecantikan dan kedai buku, menjadi antara destinasi popular di sini.

Tags / Kata Kunci: dana khas , usahawan muda , Najib Tun Razak

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan