Tun M Hadiri Persidangan DAP

Diterbitkan: Ahad, 4 Disember 2016 11:48 AM

Tun M (baju merah) bersama barisan kepimpinan DAP dan parti pembangkang yang lain.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri persidangan DAP peringkat kebangsaan yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal di sini pada Ahad.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tiba di dewan konvensyen pukul 10.15 pagi diiringi anggota veteran DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin DAP yang lain.

Dr Mahathir ditempatkan di hadapan pentas bersebelahan dengan Kit Siang dan penasihat parti DAP, Dr Chen Man Hin selain barisan pemimpin DAP dan Pakatan Harapan yang lain.

Turut hadir pada persidangan tersebut merupakan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan bekas anggota Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim.

Terdahulu, dilaporkan setiausaha penganjuran persidangan itu, Anthony Loke Siew mengesahkan bahawa Dr Mahathir tidak akan dijemput ke persidangan itu memandangan Pribumi masih belum menjadi parti komponen pembangkang secara rasmi.

Tags / Kata Kunci: Mahathir Mohamad , DAP , Pribumi , Lim Kit Siang

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan