Malaysia Perlu Amal Pertanian Intensif - Najib

Diterbitkan: Ahad, 4 Disember 2016 8:24 PM

Najib Tun Razak berswafoto atau selfie bersama pengunjung selepas melancarkan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan (MAHA) 2016 di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) Ahad. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Malaysia perlu mengamalkan pertanian intensif yang menggunakan teknologi dan pelbagai tanaman bagi menjamin bekalan makanan negara pada masa depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Perdana Menteri berkata perubahan daripada pertanian konvensional kepada kaedah pertanian berteknologi tinggi amat perlu bagi menampung bekalan makanan sejajar dengan pertambahan  penduduk negara yang dijangka mencecah 50 juta orang pada 2050.

"Nilai import makanan negara pada masa ini ialah RM18 bilion dan jumlah inikan bertambah  dari setahun ke setahun. Oleh itu pengeluaran makanan negara perlu ditambah bagi menjamin sara diri untuk generasi masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Pameran Antarabangsa Pertanian,  Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini. 

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri AhmadShabery Cheek dan Pengerusi Lembaga Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Seri Badruddin Amiruldin.

Najib berkata sebagai pendekatan jangka panjang, pertanian sara diri itensif wajar diterokai dan  dijuarai generasi muda supaya industri tersebut bergerak seiring dengan kemajuan dan  pertambahan penduduk dalam negara.

Beliau menarik perhatian bahawa MAHA kini dianggap sebagai produk pelancongan domestik bukan  sekadar kepada mereka yang terlibat dalam bidang pertanian tetapi lebih utama ia melibatkan  keseluruhan rantain bekalan makanan negara seperti pemborong serta pengusaha pasar raya besar dan pasar raya.

Selain itu, katanya, MAHA turut menjadi medan membekalkan pengetahuan kepadaanak-anak kecil mengenai sektor pertanian, kepelbagaian  tanaman dan makanan negara, satu unsur yang amat penting dalam memupuk kesedaran berhubung kepentingan pertanian di masa kini dan masa depan. 

Katanya, MAHA merupakan lambang atau menifestasi komitmen kerajaandalam memartabatkan sektor pertanian, sekali gus menjamin kesinambungan bekalan industri makanan negara.

Justeru, generasi muda perlu melibatkan diri dalam industri pertanian moden supaya industri berkenaan tidak hanya terhad dalam kalangan generasi tua sahaja, katanya, dan  menambah seramai 700,000 pengunjung telah mengunjungi MAHA hingga kini sejak mula dibuka kepada orang ramai, Khamis lepas.

Terdahulu, Najib tiba di hadapan dewan utama MAHA pada 4.20 petang  dan terus menaiki trem bersama Ahmad Shabery untuk memulakan lawatan ke tapak-tapak pameran.

Lokasi utama beliau adalah mengunjungi tapak buah-buahan atau Castle of Fruits kendalian  FAMA yang menjual pelbagai jenis buah, orkid, anak pokok, baja tumbuhan dan variasi bunga- bungaan daripada 108 peniaga yang mengambil bahagian.

Di situ, Najib diperkenalkan dengan buah durian belanda yang diangkat menjadi buah tema MAHA 2016 selain ke gerai jagung, satu tarikan terbaharu kerana
sebanyak tiga juta tongkol disediakan untuk dijual sepanjang 11 haripameran berlangsung.

Perdana Menteri juga melawat pameran bingka terbesar yang diperbuat daripada 1,400 tongkol jagung dia atas 120 talam yang telah diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai produk  yang menggunakan jagung terbanyak.

Menurut FAMA, hasil jualan bingka yang dijual dengan harga RM30 setalam itu akan dimasukkan ke dalam tabung bantuan Rohingya.

Perdana Menteri kemudiannya melawat Nafas Cube @MARDI, satu tapak penginapan berkonsepkan santai sebelum mengakhiri kunjungan ke 'Rythem Of The Farmers (ROTF) atau  D'Lereng', sudut khas untuk pengunjung berhibur dan menyaksikan persembahan arti-artis udangan.-Bernama

Tags / Kata Kunci: MAHA , Najib Tun Razak , Pertanian Intensif

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan