Islam Mendahului Semua Ideologi, Fahaman Demi Hak Asasi Manusia - Abdul Hadi

Diterbitkan: Ahad, 4 Disember 2016 3:05 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) bersama Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa hari ini. Turut hadir Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Islam mendahului semua ideologi dan fahaman yang lain dalam mempertahankan hak asasi manusia, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu berkata, adalah menjadi kewajiban bagi sesebuah kerajaan dan umat Islam untuk campur tangan jika berlaku perbuatan zalim ke atas sesama manusia, termasuklah penindasan yang dilakukan terhadap kumpulan etnik Rohingya di Myanmar baru-baru ini.

Katanya, krisis yang berlaku di negara itu bukan sahaja menuntut campur tangan Malaysia, malah oleh seluruh negara yang menandatangani piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Perlu difahami bahawa urusan yang berlaku atau krisis di Myanmar hari ini bukan sahaja mewajibkan campur tangan Malaysia, bahkan juga negara-negara Asean dan seluruh negara anggota OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) serta semua pejuang hak asasi manusia kerana kerajaan Myanmar telah melakukan pencabulan terhadap hak asasi manusia," katanya ketika berucap pada Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, Ahad.

Turut hadir pada perhimpunan itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, kepimpinan Umno dan PAS serta lebih 20,000 hadirin termasuk etnik Rohingya yang berlindung di Malaysia.

Beliau yang juga Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia berkata, penglibatan PAS dalam perhimpunan itu adalah atas dasar Islam dan kemanusiaan.

"Sempadan politik tidak menghalang kita bersatu mempertahankan hak asasi manusia," katanya.

Beliau berkata, apa yang berlaku di Myanmar menunjukkan masyarakat di sana tidak bertamadun dan tidak mempamerkan ciri-ciri masyarakat madani.

"Apa yang berlaku di Myanmar dan (penindasan) suku kaum Rohingya sudah tidak bertamadun, sudah tidak menunjukkan sebuah masyarakat madani.

"Ia mewajibkan campur tangan peringkat antarabangsa, mendahulukan segala diplomatik dan diplomasi, kemudian segala jawaban boleh difikirkan bersama bagi menyelamatkan nyawa manusia, khususnya kaum wanita, orang tua dan kanak-kanak yang diperlakukan sebegitu rupa ," katanya.

Tags / Kata Kunci: Rohingya , Hadi Awang , PBB , OIC

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan