Jumlah Mangsa Banjir Kelantan Meningkat

Diterbitkan: Ahad, 4 Disember 2016 9:09 AM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 75 orang pagi ini berbanding 45 orang malam Sabtu, menurut portal rasmi kerajaan Kelantan.

Menurut portal http://ebanjir.kelantan.gov.my, seramai 29 mangsa daripada tujuh keluarga di Kampung Tiong di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong malam Sabtu, membabitkan sembilan lelaki dewasa, sembilan perempuan dewasa, enam kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan.

Selain itu, 26 mangsa masih ditempatkan di SK Wakaf Raja, Pasir Puteh dan 19 mangsa, masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelawat dan SMK Beris Panchor, Bachok.

Sementara itu, menurut portal sama, paras air sungai Kelantan di beberapa tempat kembali ke tahap normal pagi Ahad.

Tags / Kata Kunci: Kelantan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan