Subsidi Yuran IPTA Di Malaysia "Kira OK Sangat"

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2016 3:51 PM

Wakil Umno Selangor Datuk Dr Prof Rozaidah Talib membahas usul agama dan pendidik pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Subsidi yuran pengajian sebanyak 90 peratus di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara ini disifatkan sangat wajar dan "kira OK sangat".

Wakil Umno Selangor, Datuk Dr Profesor Rozaidah Talib berkata, Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan negara lain yang menawarkan yuran percuma kepada rakyatnya disebabkan perbezaan kadar cukai dan pendapatan perkapita.

Sehubungan itu, katanya, Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagaimanapun perlu memperjelaskan tentang perkara ini kepada rakyat.

“Kalau kita bandingkan pendidikan percuma di negara Scandinavia seperti Finland, Norway, Denmark dan sebagainya, kita harus tahu negara-negara ini cukai pendapatan mereka antara 39 higga 56 peratus dan pendapatan perkapita mereka sangat tinggi.

“Negara-negara yang kenakan cukai kadar ini mereka boleh bagi subsidi pengajian 100 peratus,” katanya ketika membahaskan isu pendidikan.

Beliau berkata, adalah sangat wajar apabila Malaysia mengenakan cukai sebanyak 24 peratus tetapi mampu memberikan subsidi yuran pengajian 90 peratus.

“Kita mengenakan cukai 24 peratus tapi mampu bagi susbsidi sebanyak 90 peratus, kira OK lah tu..kira OK sangat,” katanya.

Katanya dalam laporan Unesco , Malaysia berada di kedudukan ketujuh dalam dunia dalam menyediakan peruntukan pendidikan tinggi dan menawarkan yuran pengajian terendah di Asia.

Beliau turut memberi contoh di mana pelajar perubatan di negara ini hanya perlu membayar yuran kira-kira RM9,000 dari jumlah sebenar RM290,000, tidak sampai lima peratus dari jumlah keseluruhan tersebut.

Beliau turut mengharapkan agar rakyat, khususnya ibu bapa dimaklum dengan jelas mengenai yuran pengajian yang rendah ini melalui surat tawaran kemasukan yang dihantar kepada pelajar.

“Dalam surat tawaran disebut yuran anda adalah ‘sekian banyaknya’ tapi anda hanya perlu membayar ‘sekian banyaknya’, selebihnya  ditanggung oleh kerajaan.

“Ini yang kita mahu, saya memang berharap semua IPTA meletakkan ini dalam surat tawaran supaya rakyat sedar bahawa begitu tinggi subsidi kerajaan untuk yuran akademik di seluruh IPTA,” katanya.
Tags / Kata Kunci: IPTA , Umno

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan