Tony Pua Beri Keterangan Berkaitan Bersih 5

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2016 1:14 PM

tony pua

Tony Pua.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua memberi kenyataan kepada polis berkaitan perhimpunan Bersih 5 yang diadakan di sini baru-baru ini.

"Mereka beritahu saya kes itu disiasat dibawah Seksyen 42B Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan berhubung perhimpunan dekat stesen LRT Bangsar.

"Antara soalan yang mereka tanya sama ada saya berada di sana, mengapa saya berada di sana dan mengapa perhimpunan Bersih diadakan.

"Saya memberikan sepenuh kerjasama dan memaklumkan kepada mereka bahawa perhimpunan itu diadakan untuk menuntut demokrasi berparlimen yang lebih kukuh, tadbir urus yang lebih bersih dan pilihan raya yang bebas dan adil," kata Pua ketika ditemui di luar perkarangan ibu pejabat Polis Sentul.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut dipanggil untuk memberi keterangan tetapi beliau di luar kawasan pada ketika itu.

"Mereka beritahu saya bahawa lebih ramai lagi akan dipanggil tetapi tidak menamakan mereka," katanya.



Tags / Kata Kunci: Tony Pua , Bersih 5

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan