Cadang Gaji Tok Imam Gred 17, Bilal Gred 11 - Umno Terengganu

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2016 1:12 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memperkasakan institusi masjid dengan menaikkan taraf imam dan bilal menerusi pemberian gaji menyamai penjawat awam, sekurang-kurangnya Gred 17 dan Gred 11.

Perwakilan Terengganu, Iskandar Jaafar berkata, saranan itu bagi memastikan kebajikan imam dan bilal terjamin, selain menarik penglibatan golongan muda mengisi jawatan berkenaan.

Katanya, ketika ini, pendapatan imam dan bilal yang kebanyakkan berkhidmat secara sepenuh masa boleh dikategorikan masih di bawah paras kemiskinan.

“Buat masa ini, imam terima elaum RM750 daripada Jakim dan ditambah oleh kerajaan negeri sementara bilal dapat elaun RM600.

“Mereka tak ada kerja lain kerana komitmen terhadap tugas sebagai imam dan bilal. Jadi kami mencadangkan agar mereka dibayar elaun pada kadar yang sama diterima oleh penjawat awam iaitu sekurang-kurang Gred 17 bagi imam dan bilal dibayar gaji menyamai Gred 11,” katanya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Tambah Iskandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri  Jabi, selain kenaikan elaun, kerajaan juga diminta memberi kemudahan lain seperti yang dinikmati penjawat awam kepada imam dan bilal.

“Ini akan dapat tarik perhatian orang muda yang ada kelulusan dan kebolehan untuk bertugas sebagai tok imam dan tok bilal.

“Sekarang ini kebanyakkan tok imam sudah tua-tua…malah di tempat saya ada imam yang lagi tua daripada masjid,” katanya berseloroh sambil disambut gelak tawa perwakilan.


Tags / Kata Kunci: Umno , imam , bilal , PAU

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan