KPKT Bakal Perkenal Jual Beli Rumah Konsep Syariah

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2016 3:06 PM

Noh Omar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperkenalkan konsep perjanjian jual beli rumah berlandaskan syariah pada tahun depan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pada masa ini konsep perjanjian jual beli sedia ada bersifat konvensional.

Keadaan itu, katanya, memberi kesukaran kepada pembeli yang mendapat pembiayaan bank berasaskan syariah.

“Pada masa ini, apabila pembeli rumah membuat pinjaman bank, ia berkonsepkan syariah tetapi perjanjian jual beli antara pembeli dan pemaju masih konvensional.

“Jadi, pengenalan perjanjian jual beli berkonsepkan syariah ini akan memberi pilihan kepada pembeli,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival KPKT 2016 di Dataran Merdeka di sini, Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri KPKT, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Ketua Setiausahanya, Datuk Mohammad Mentek.

Mengulas lanjut, Noh berkata, peruntukan mengenai pilihan perjanjian jual beli berasaskan syariah itu akan dimasukkan dalam Akta Perumahan.

“Ia akan dibuka kepada semua. Kita dalam proses persiapan, ia akan dilaksanakan tahun depan,” katanya.

Pada majlis sama, turut dilancarkan Rancangan Fizikal Negara Ke-3 (RFN-3) dan Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2).

Menurut Noh, kedua-dua dokumen RFN-3 dan DPN2 adalah penting kepada KPKT khususnya dalam membantu mencapai moto kementerian iaitu kehidupan sejahtera. 

"RFN-3 memberi penekanan kepada pembangunan negara yang berdaya tahan dan berdaya huni berasaskan kepada tiga teras utama iaitu pertumbuhan dinamik bandar dan luar bandar, kemampanan spatial dan daya tahan terhadap perubahan iklim, serta pembentukan komuniti inklusif dan berdaya huni.

"Manakala DPN2 dibentuk dengan visi 'Bandar Yang Mampan Untuk Kesejahteraan Rakyat' dengan memberi penekanan kepada lima prinsip utama iaitu tadbir urus yang baik, bandar berdaya huni, ekonomi bandar berdaya saing, pembangunan bandar insklusif dan saksama, serta pembangunan hijau dan persekitaran bersih," katanya.


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan