PM Tahu Banyak ‘Cerita’ Tun M

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2016 8:02 PM

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor bergambar kenangan bersama sukarelawan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Sabtu. Turut hadir Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Bendahari Datuk Seri Salleh Said Keruak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan supaya tidak terus campur tangan dalam urusan dalaman Umno dan kerajaan, demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najin Tun Razak.

Menurut Presiden Umno itu juga, beliau menyimpan banyak maklumat berhubung pelbagai isu kontroversi ketika era pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun.

"Dr Mahathir pada zaman dia lagi banyak cerita. Cerita ITP, sweetheart deal, tol, Perwaja, cerita penswastaan MAS, Forex dan banyak lagi.

“Dalam buku Barry Wain (Malaysian Maverick) dia kata waktu Dr Mahathir jadi perdana menteri banyak ketirisan, dia kata RM100 bilion. Kalau (tidak betul), Dr Mahathir samanlah Barry Wain, kenapa tak saman dia. 

"Tapi kalau (ada tuduhan terhadap) saya, suruh saya saman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2016, Sabtu.

Selain itu, kata Najib, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno diminta menjaga hal dalaman parti yang baharu ditubuhkannya itu.

“Kamu dah tak ada dalam Umno lagi, jangan orang kata gila talak pula.

“Buatlah konvensyen pari baharu…kita nak tengok muka-muka di sana, nak tengok boleh penuh dewan atau tidak,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Mahathir , Umno , Najib , MAS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan