Krisis Rohingya Jadi Isu Antarabangsa - Wisma Putra

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2016 1:03 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia berhak memastikan Myanmar mengambil langkah proaktif dalam menangani krisis kekejaman terhadap etnik Rohingya daripada menjadi lebih teruk.

Wisma Putra dalam kenyataannya berkata, dalam konteks ini rakyat Malaysia dibenarkan untuk menyertai Perhimpunan Solidariti yang dijadualkan pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, amalan pembersihan etnik Rohingya mesti dihentikan serta merta dalam usaha menggembalikan semula keselamatan dan kestabilan di rantau Asia Tenggara.

Kenyataan itu turut dikeluarkan untuk menyangkal komen dibuat Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay.

"Malaysia sedia maklum tentang prinsip-prinsip pembentukan Asean, selaku negara pengasas organisasi serantau itu," katanya.

Tambah kenyataan itu, dengan bilangan warga Rohingya yang tinggi di Malaysia, melibatkan kira-kira 56,000 orang dan ratusan ribu lagi rakyatnya di negara-negara jiran lain bermakna ia bukan lagi suatu masalah dalaman, sebaliknya masalah antarabangsa.

"Hakikatnya, apabila hanya satu etnik tertentu diusir keluar, mengikut definisi ialah pembersihan etnik," katanya.

Wisma Putra berkata, Malaysia tidak perlu mengingatkan U Zaw Htay tentang krisis bot hanyut pada 2015 yang akhirnya menjadi isu serantau dengan negara-negara jiran Myanmar terpaksa menanggung beban negara itu.

"Adalah dengan itu, Malaysia telah berkali-kali menawarkan bantuan kepada kerajaan Myanmar dalam mencari penyelesaian bagi penyelesaian segera yang adil dan berpanjangan terhadap isu penindasan Rohingya di utara Rakhine.

"Ini selari dengan kedudukan Malaysia bahawa ia bukan isu agama tetapi keprihatinan terhadap nilai kemanusiaan," katanya.


Tags / Kata Kunci: Wisma Putra , krisis Rohingya

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan