Kes Denggi Catat Trend Peningkatan - KP Kesihatan

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2016 11:19 PM

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA

Dr Noor Hisham Abdullah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes demam denggi meningkat 56 kes (4.7 peratus) pada minggu ke-47 tahun ini, dengan 1,257 kes dilaporkan dari 20 hingga 26 November lepas, berbanding 1,201 kes pada minggu sebelumnya. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat lapan negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Melaka, Sarawak, Kedah dan Sabah. 

"Jumlah kumulatif kes demam denggi dari Januari hingga 26 Nov 2016 adalah 94,337 kes, penurunan 13.6 peratus (14,829 kes) berbanding tempoh sama tahun 2015 yang melaporkan sebanyak 109,166 kes," katanya dalam kenyataan, di sini Sabtu malam.

Menurutnya, dalam tempoh 20 hingga 26 November juga, terdapat enam kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian denggi di Malaysia dari Januari sehingga 26 Nov kepada 220 kematian berbanding 296 kematian pada 2015 iaitu pengurangan sebanyak 25.7 peratus.  

"Lokaliti wabak dan hotspot juga menunjukkan pengurangan pada minggu ke-47 berbanding minggu sebelumnya iaitu 374 lokaliti wabak dan 37 lokaliti hotspot," katanya.

Mengenai situasi Zika, Dr Noor Hisham berkata berdasarkan laporan terkini dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 24 Nov lepas, terdapat 75 negara yang melaporkan jangkitan Zika.

"Di Malaysia pula, bilangan kes positif Zika yang dilaporkan dari 1 September sehingga 28 Nov 2016 masih kekal tujuh," katanya.

Menurutnya, pemantauan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari Jun 2015 sehingga 26 November lepas, turut mendapati keputusan ujian negatif bagi 1,589 sampel darah dan air kencing yang telah diuji daripada pesakit yang menunjukkan gejala virus Zika. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan