Jangan Jadikan Pelajar Bahan Uji Kaji Dasar, Format Peperiksaan

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2016 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan diminta tidak menjadikan para pelajar sebagai bahan 'uji kaji' dalam pelaksanaan sebarang dasar atau format baharu peperiksaan kerana ia boleh mengelirukan mereka, demikian saran seorang perwakilan Perak.

Ketua Wanita Umno Bahagian Pasir Salak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata sebarang perubahan format peperiksaan sewajarnya dimulakan daripada awal tahun persekolahan dan bukannya secara tiba-tiba.

"Kementerian Pendidikan diminta tidak kerap mengubah format atau dasar pembelajaran yang ditetapkan, jangan jadikan murid uji kaji dengan menukar pendekatan di separuh jalan atau secara tiba-tiba.

"Jika (dasar) telah ditetapkan biarlah ia telah selesai daripada darjah satu sampailah STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) dan mulakan dengan yang baharu," katanya semasa membahaskan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini, sambil disambut tepukan gemuruh anggota perwakilan yang hadir.

Dengan mengambil contoh peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang merupakan kohort pertama pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Dr Wan Norashikin berkata ramai pelajar kecewa kerana mendapat keputusan tidak memuaskan.

"Calon kecewa dengan pencapaian yang mungkin tak sebagus diharapkan oleh kerana perubahan yang mereka perlu lalui, peperiksaan hanyalah satu ujian semasa," katanya.

Sementara itu, Wakil Umno Perlis Solah Huddin Omar berkata sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus mengambil kira pelajar di kawasan pedalaman yang mungkin lebih menghadapi masalah jika dibandingkan dengan pelajar di bandar. 

Sebagai contoh, beliau berkata soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pada peperiksaan UPSR seharusnya bukan hanya boleh dijawab oleh pelajar bandar, tetapi juga luar bandar. 

"Kementerian seharusnya menyatakan persempadanan (julat) markah antara A hingga E bagi memudahkan guru untuk membuat sasaran dalam membantu anak murid," katanya. 

Memohon pengurangan bajet dalam bidang pendidikan dikaji semula, Solah Huddin berkata pemotongan peruntukan itu memberi kesan besar kepada institusi pendidikan dalam pelaksanaan perancangan yang dirangka.

Beliau turut mencadangkan Kementerian Pendidikan meneliti semula monopoli kontrak akses internet untuk sekolah-sekolah yang dilihat membawa keuntungan kepada sebelah pihak.

"Jika ada ruang untuk semak semula, pastikan keadilan yang dipersetujui bersama. Jangan akses internet di bandar seperti F1 (laju) tapi di kampung macam kura-kura," katanya. 

Menyentuh isu penindasan etnik Rohingya, Solah Huddin menyarankan agar kerajaan membekukan kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini serta-merta jika negara itu enggan membuka sempadan kepada pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan di Myanmar. 

Sebagai sebuah parti yang mengangkat Islam sebagai satu wadah perjuangannya, beliau berkata Umno harus mengambil langkah proaktif dalam menentang keganasan terhadap rakan seagama. 

"Kerajaan perlu menggunakan saluran yang berkaitan untuk mendesak Bangladesh membuka pintu sempadan mereka. Jika mereka enggan, ambil tindakan membekukan kemasukan mereka (pekerja) ke negara kita serta-merta dan sebagai ganti, kita boleh mengambil (warga) Rohingya untuk bekerja di sini," katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Umno , UPSR

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan