Bertengkar Sebelum Pengawal Peribadi Lepas 17 Tembakan

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2016 8:41 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pertengkaran antara seorang pengawal peribadi dan majikannya di dalam sebuah kereta berakhir dengan insiden penuh tragis apabila suspek melepaskan 17 tembakan, menggorbankan bukan sahaja majikannya tetapi dua mangsa lain.

Empat yang lain turut cedera akibat peluru sesat dalam insiden yang berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, petang Khamis.

Sumber berkata, pengawal peribadi dalam lingkungan usia 30-an itu dipercayai ada masalah mental dan suspek mengamuk sebelum menembak majikannya dengan sepucuk pistol.

Menurut sumber, pengawal peribadi yang duduk di bahagian belakang bertengkar dengan Datuk Ong Teik Kwong yang sedang memandu kereta jenis BMW semasa kejadian.

Individu ketiga yang dikatakan pemandu dan juga rakan kongsi Teik Kwong, duduk di tempat duduk hadapan semasa kejadian.

Dia tidak memandu kereta tersebut kerana berada dalam keadaan mabuk.

"Berlaku perselisihan faham dan pengawal peribadi itu mengamuk. Secara tiba-tiba dia mengeluarkan pistol dan menembak Ong dari belakang.

"Selepas itu dia memukul kepala pemandu dengan pistol," kata sumber.

Pemandu itu kemudiannya keluar dari kereta tersebut untuk menyelamatkan diri dan suspek mengejarnya.

"Dia melepaskan tembakan tetapi tidak terkena pemandu itu. Peluru itu bagaimanapun terkena beberapa individu yang berada di lokasi kejadian," kata sumber.

Selain Teik Kwong, dua lagi yang maut dikenal pasti sebagai pembekal bunga, M. Senthil, 38, dan badut profesional, Choi Hon Ming, 32.

Polis tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

"Salah seorang anggota polis mengacukan pistol ke arah pengawal peribadi itu yang kemudiannya meletakkan senjatanya dan menyerah diri," kata sumber.

Pemandu Teik Kwong yang mengalami kecederaan di kepala dibawa polis ke Hospital Pulau Pinang kira-kira pukul 12.15 pagi Jumaat.

Keputusan bedah siasat menunjukkan Teik Kwong maut akibat kecedeaan di kepala manakala, Senthil dan Hon Ming meninggal dunia disebabkan kecederaan di dada.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata berdasarkan siasatan awal dan temubual dengan ahli keluarga suspek mendedahkan lelaki itu ada masalah mental.

"Kami merampas pistol susulan penangkapan tersebut," katanya.

Khalid berkata suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau tetapi merupakan bekas askar.


Tags / Kata Kunci: kes tembak , Pulau Pinang

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan