PAU2016: Promosi Baju Percuma Jika Daftar Pengundi

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 6:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berkunjung ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, ditawarkan sepasang baju-T percuma sekiranya mereka mendaftar sebagai pengundi.

Tawaran ini dibuka oleh Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Umno sempena berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 yang akan berakhir pada Sabtu.

Sukarelawan promosi, Nural' Ain Mohammed Nasib berkata, tawaran istimewa selama tiga hari itu, bermula 30 November hingga 2 Disember ini dibuka bagi menggalakkan orang ramai menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk berdaftar sebagai pemilih.

"Walaupun ada yang sudah mendaftar sebagai ahli Umno, kita dapati ramai juga di antara mereka belum mendaftar sebagai pengundi.

"Sepanjang tiga hari, kita menjalankan promosi dengan menawarkan baju-T percuma untuk sesiapa sahaja yang membuat pendaftaran di sini," katanya ketika ditemui di ruang legar aras 1 PWTC di sini, Jumaat.

Nural' Ain berkata, promosi yang masuk hari kedua ini mendapat sambutan menggalakkan daripada bukan sahaja ahli Umno yang menghadiri persidangan, tetapi juga orang awam.

Katanya, kebanyakan mereka yang datang adalah pengundi muda berusia bawah 40 tahun.

Selain kaunter Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kaunter pendaftaran keahlian Umno turut dibuka kepada orang ramai.

Tags / Kata Kunci: PAU 2016 , SPR

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan