Siasatan Menyeluruh Insiden Runtuh Di Jalan Bangsar - CIDB

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 4:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap insiden runtuhan struktur bangunan dan jejambat berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar baru-baru ini.

Ketua Eksekutif CIDB Datuk Ahmad 'Asri Abdul Hamid berkata pihaknya memandang serius akan kejadian itu dan siasatan akan dilaksanakan dengan penglibatan pelbagai pihak yang terbabit dalam projek pembinaan itu.

"Siasatan akan merangkumi aspek reka bentuk, mutu kerja pembinaan, bahan binaan dan kaedah pengawasan bagi mengenal pasti punca kemalangan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Katanya, pelaksana projek iaitu pemaju, perunding, kontraktor dan personel pembinaan harus memastikan kerja-kerja pembinaan mengikut spesifikasi dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Mana-mana kontraktor yang cuai akan diambil tindakan di bawah Akta CIDB,  didenda sehingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 34D," katanya.

Insiden runtuhan pada petang Rabu lepas itu telah meragut nyawa seorang pekerja kontrak warga Vietnam manakala lima yang lain dilapor cedera. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: CIDB , insiden runtuhan , Jalan Bangsar

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan