Raja Muda Perlis Seru Umat Islam Tonjol Imej Keamanan, Kesejahteraan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 9:51 AM

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan berbincang dengan pendakwah tersohor Dr Zakir Naik semasa menerima menghadap tokoh berkenaan sempena lawatan beliau ke negara ini pada 31 Oktober 2016. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

COLOMBO: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru umat Islam agar sentiasa menonjolkan imej sebenar Islam  yang menitikberatkan keamanan dan kesejahteraan.

Sehubungan itu, titah baginda, umat Islam berperanan mengekal hubungan baik dengan masyarakat bukan Islam supaya keindahan Islam tidak dirobekkan dengan ketaksuban yang boleh membawa kepada kerosakan.

"Islam perlu menjadi contoh kepada dunia dengan umatnya yang mengamalkan kesederhanan dan mementingkan keamanan," titah baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agams Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ketika melawat Masjid Jami Ul-Alfar, yang juga dikenali sebagai Masjid Merah di sini Khamis malam.

Menurut baginda, kegagalan mengamalkan kesederhanaan dan kemurnian beragama sehingga mewujudkan perbalahan sesama sendiri, membawa imej negatif kepada  agama Islam.

Ketibaan baginda di masjid itu dengan diiringi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka, Wan Zaidi Wan Ismail serta Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal disambut Presiden Lembaga Pemegang Amanah masjid T.M Ameer Sultan, naib presidennya Harris Anver serta bendahari Jaafar Ali Farook.

Baginda turut menyampaikan sumbangan MAIPs kepada masjid itu melalui T.M Ameer selepas meninjau keindahan masjid yang diasaskan pada 1908.

Masjid tersebut dibina melalui sumbangan dana peniaga dan pedagang selatan India dengan bangunan asasnya setinggi dua tingkat menggunakan empat tiang daripada kayu jati. 

Masjid itu melalui proses pembesarannya pada 2010 dengan pembinaan bangunan tambahan setinggi enam tingkat.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)  berada di sini sejak Selasa lalu untuk mengetuai delegasi lawatan kerja UniMAP  selama enam hari ke institusi pengajian tinggi di Sri Lanka. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan