300 Pelarian Rohingya Diselamatkan - Berita Semasa | mStar

300 Pelarian Rohingya Diselamatkan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 9:47 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kira-kira 300 pelarian etnik Rohingya yang dilaporkan terkandas antara perairan Myanmar dan Bangladesh sejak 17 November lepas ditemui selamat selepas diberi pertolongan penduduk kampung di Bangladesh, dua hari lalu.

Pengerusi Persatuan Rohingya Malaysia cawangan Kedah, Yusof Ali berkata, mereka adalah antara 500 pelarian yang melarikan diri dari Myanmar dengan menaiki bot selepas perkampungan mereka di Rakhine dibakar dan penduduknya dibunuh.

Katanya bagaimanapun, berdasarkan maklumat diterima daripada rakan senegara, baki 200 lagi pelarian yang turut sama berada di laut tidak diketahui nasib mereka dan kemungkinan karam atau ditembak oleh tentera Myanmar.

"Mereka yang selamat ada menghubungi saya dan berkata empat buah bot yang memuatkan puluhan pelarian Rohingya telah ditembak tentera Myanmar ketika mahu memasuki perairan negara itu semula selepas diarah berpatah balik oleh tentera Bangladesh," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Menurutnya bekalan makanan yang tidak mencukupi serta keadaan bot yang sempit juga menyebabkan lebih 10 kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia akibat  kelaparan.

Yusof berkata, sepanjang tempoh itu ada wanita yang sarat mengandung terpaksa melahirkan anak di atas bot dalam keadaan serba kekurangan dan hanya minum air laut dan makan rumpai laut bagi menahan kelaparan.

Sebelum ini, Yusof dimaklumkan 500 pelarian Rohingya termasuk kanak-kanak serta wanita bertarung nyawa di perairan tidak jauh dari Myanmar dan Bangladesh selepas meninggalkan negara itu pada 17 November lalu dengan menggunakan bot.

Bagaimanapun, pada 21 November lepas, mereka terputus hubungan dan nasib mereka tidak diketahui.

Katanya, kesemua 25 bot itu memuatkan antara 20 hingga 25 pelarian Rohingya termasuk bayi dan kanak-kanak untuk berlindung di laut tanpa diketahui arah tujuan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Rohingya , Yusof Ali
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan