PDRM Masih Mampu Jaga Keselamatan Di P.Pinang, Bubar Saja BPS - Khalid

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 4:09 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan kerajaan DAP Pulau Pinang agar membubarkan Badan Peronda Sukarela (BPS) dan menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mampu menjaga keselamatan masyarakat di negeri itu.

Beliau berkata seperti penubuhan Unit Peronda Sukarela (PPS) yang diharamkan sebelum ini, BPS juga mungkin akan diharamkan kerana penubuhannya bercanggah dengan undang-undang.

"Kita semua tahu PPS telah disahkan sebagai satu pertubuhan tidak sah, jadi saya nasihatkan kerajaan negeri supaya bubarkan BPS yang baharu ini kerana tak guna kalau ada, kita akan haramkannya juga," katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum perjanjian antara PDRM dengan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini Jumaat.

Beliau berkata anggota BPS sebaliknya disaran agar menyertai 'Community Policing' atau sebarang pertubuhan sedia ada yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan bernaung di bawah PDRM.

Katanya polis juga mengenal pasti penasihat BPS yang disifatkan sebagai individu yang tidak layak untuk memberi nasihat dalam aspek keselamatan.

"Kalau nak beri nasihat, panggil sahaja ketua polis negeri yang dapat memberikan nasihat lebih baik tentang undang-undang dan hal-hal keselamatan.

"Bila suka-suka buat pertubuhan, ahli-ahlinya ada yang tidak disemak, jadilah macam-macam seperti pukul orang, peras ugut orang. Kita nak elakkan perkara ini daripada berlaku," kata Khalid.

Beliau memaklumkan indeks jenayah di Pulau Pinang setakat ini tahun ini turun sebanyak enam peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, justeru orang ramai tidak perlu risau dan menyerahkan tugas menjaga keselamatan negara kepada PDRM.

Pada 13 November lepas, Ketua Menteri Lim Guan Eng melancarkan penubuhan BPS di bahagian pulau negeri ini dan pada 12 November lepas pasukan itu dilancarkan di sebelah Seberang Perai.

Difahamkan BPS, badan sukarela di bawah Bendahari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) diletak untuk menguruskan hal ehwal keselamatan komuniti bagi mewujudkan persekitaran kejiranan yang selamat dan bersatu padu.

Kerajaan DAP Pulau Pinang menubuhkan PPS pada 2009 yang kemudian diisytiharkan haram oleh pihak berkuasa pada 2014 kerana tidak mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar , BPS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan