Mahasiswa Nasional Ajak Pemuda, Puteri Umno Dekati Gen Y, Z

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 5:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perwakilan Mahasiswa Nasional menggunakan mi segera yang sering menjadi pilihan penuntut institusi pengajian tinggi sebagai simbolik untuk mengajak Pemuda dan Puteri Umno mendekati golongan muda.

Wan Mahusin Wan Zain berkata, sudah tiba masanya kedua-dua sayap parti itu menggerakkan jentera bagi meraih sokongan pengundi muda menjelang pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu berkata, sekarang adalah waktu paling kritikal, terutama apabila  segelintir anak muda menyokong pembangkang dan sebahagian lagi berdepan masalah tetap tidak didengari kerajaan.

"Pemuda dan Puteri Umno dijemput mendekati golongan muda terutama mahasiswa agar mereka memberi sokongan kepada kerajaan.

"Pemuda dan Puteri, carilah mahasiswa. Ajaklah mereka minum kopi, tanyalah apa masalah mereka. Ajaklah makan Maggie bersama. 

"Jangan makan Maggie daripada mahasiswa tetapi belilah untuk mahasiswa dan makan (bersama-sama) sekali," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Terdahulu dalam perbahasannya, Wan Mahusin terus menjadikan mi segera sebagai modal bagi menyuarakan  kesusahan yang dialami mahasiswa di universiti terutama penuntut yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.

Menyampaikan puisi nada bergurau, mahasiswa ini cuba membawa rintihan anak muda untuk didengari pimpinan parti.

"Kami di universiti, orang susah pinjam piti (duit), asyik termenung hari-hari, kena jimat hari-hari, asyik saja makan Maggie, minum air sejuk bukannya kopi, harap menteri semua mengerti, tak dapat duit belilah Maggie, tiada mi sedap... kari pun jadi, InsyaAllah kami undi, jika suara kami didengari," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh perwakilan.

Wan Mahusin turut menyentuh isu biasiswa pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dianggap tidak adil kerana mengenakan syarat sama untuk semua pelajar iaitu keputusan purata nilai gred kumulatif (CGPA) minimum 3.75.

Katanya, syarat tersebut dilihat memberi cabaran kepada pelajar dalam bidang profesional seperti kejuruteraan, sains dan mekanikal berikutan subjek yang dipelajari adalah lebih sukar.

"Kalau boleh, bagilah peluang kepada kami dalam bidang profesional. Turunlah sedikit syarat itu dengan CGPA 3.5 untuk kami juga boleh mendapat biasiswa PTPTN," katanya sambil menambah faktor sosioekonomi pelajar juga perlu diambil kira bagi memperoleh biasiswa pendidikan tinggi itu.

Tags / Kata Kunci: Mahawiswa Nasional , Umno , Puteri , Pemuda , UMS

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan