Kerjasama Umno-PAS: "Peluang Tipis, Tapi Jangan Tolak Sebarang Kemungkinan" - KJ

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno tidak menolak sebarang kemungkinan bekerjasama dengan PAS dalam politik, walaupun peluangnya tipis, kata Khairy Jamaluddin.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu berkata, ketika ini, kerjasama kedua-dua parti itu hanya berlaku dalam isu-isu sejagat dan kepentingan umat Islam di negara ini.

“Kita tak boleh menolak apa-apa kemungkinan pada masa ini, ia sesuatu yang masih spekulatif, tetapi kemungkinan untuk bergabung secara rasmi dengan PAS dilihat sangat tipis.

“Tetapi kita boleh bekerjasama dalam isu tertentu dan dapat menentukan tahap keselesaan yang kita ada dengan mereka…apa sahaja yang berlaku akan datang kita perlu mengkaji implikasinya terhadap Umno dan PAS,” kata Khairy kepada pemberita ketika mengadakan lawatan di Laman Media Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 di sini, Jumaat.

Khairy berkata demikian bagi mengulas kemungkinan  berlakunya kerjasama politik antara Umno dan PAS apabila Datuk Seri Najib Tun Razak dan Abdul Hadi Awang akan menghadiri Himpunan Solidariti Ummah bagi menzahirkan keprihatinan masyarakat Malaysia berhubung isu penindasan etnik Rohingya.


Bagaimanapun kata Menteri Belia dan Sukan itu, perhubungan secara langsung antara dua pemimpin tertinggi parti itu telah mempamerkan keikhlasan masing-masing.

“Kita telah setuju untuk bekerjasama dalam beberapa isu, contohnya isu sejagat melibatkan penindasan umat Islam di Myanmar dan berkenaan RUU 355, jadi kerjasama ini bergantung pada isu.

“Namun demikian, nampak satu keikhlasan pihak pimpinan Umno dan PAS untuk sekurang-kurangnya mengadakan satu akses terus atau secara langsung yang menghubungkan presiden kedua-dua parti, mereka dapat bincang apa saja isu, samada perlukan kerjasama, tapi tak bermaksud ada kerjasama secara rasmi,” katanya. 

Himpunan pada Ahad akan diadakan pada 4 Disember di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur, bermula pada pukul 8 pagi hingga 11 pagi.
Tags / Kata Kunci: KJ , Umno , PAS

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan