Jangan ‘Simpan' Pemimpin Dibenci Rakyat

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 10:36 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno diminta supaya tidak ‘menyimpan’ mana-mana ahli atau pemimpin yang sering tampil dengan kenyataan yang boleh merosakkan imej parti.

Wakil pembahas dari Negeri Sembilan, Mustapha Nagoor berkata, langkah ini perlu diambil bagi mengelakkan individu terlibat terus mengeluarkan kenyataan negatif sehingga dibenci rakyat.

“Cakap kena hati -hati, telinga musuh sentiasa menanti, tersilap cakap akan dikeji, merosakkan imej parti.

“Hindari kenyataan negatif, jika ada liabiliti yang boleh rosakkan parti, jangan disimpan lagi, risikonya cukup tinggi,” kata Mustapha ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Jumaat.

Mustapha berkata, barisan pemimpin Umno perlu berani mengambil tindakan terhadap individu sedemikian supaya rakyat lebih yakin dengan kepimpinan kerajaan sedia ada.

“Jika ini dilakukan, pasti hati rakyat akan berbunga-bunga.

“Bila rakyat rasa selesa, kita tak perlu bimbang apa pembangkang kata,” katanya.

Apa yang dibahaskan Mustapha ini, jelas beliau adalah antara salah satu kaedah untuk menambat hati pengundi bagi usaha memastikan Umno dan Barisan Nasional menang bergaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, selain kaedah tersebut, pimpinan harus menyemak daftar pengundi dengan teliti, misalnya pengundi di kawasan Felda dan golongan muda bagi memahami dengan lebih mendalam kehendak mereka.
Tags / Kata Kunci: Umno , Negeri Sembilan , PAU

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan