Kerajaan Akan Ambil Alih RUU 355 Jika Diluluskan Di Parlimen

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2016 4:11 PM

Azalina Othman Said.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil alih pembentangan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 jika usul itu diluluskan di Parlimen, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang perlu selesai membentangkan usul tersebut sebelum ia akan dibahaskan dan undian dilakukan.

"Kerajaan kemudian akan mengambil alihnya, akan ada penyata dan menteri yang bertanggungjawab akan membacanya sebagai Rang Undang-Undang Kerajaan (di Parlimen)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) di sini, Khamis.

Terdahulu, dalam ucapan dasar presiden, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pindaan terhadap Rang Undang-Undang 355, berkaitan Akta Mahkamah Syariah, Bidang Kuasa Jenayah 1965 akan diambil alih pihak kerajaan.

Sehubungan itu, beliau berharap cadangan yang dibawa Abdul Hadi itu tidak dipolitikkan kerana ia adalah usul persendirian yang akan dikaji pihak kerajaan.


Tags / Kata Kunci: RUU 355 , Abdul Hadi Awang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan