DAP Mimpi Ngeri Melayu - Najib

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2016 1:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengundi Melayu dan bumiputera diingatkan supaya berhati-hati memilih parti politik yang akan mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat harus membuat keputusan tepat sama ada untuk memilih kerajaan induk pimpinan Umno atau DAP yang menjadi tunjang pembangkang.

“Persoalan pilihan keindukan kepimpinan ini bukan perkara yang boleh diambil mudah dan enteng-entengan kerana saya khuatir, barangkali ada antara umat Melayu dan bumiputera yang masih leka tentang hal ini.

“Sekiranya negara ini jatuh ke tangan DAP yang memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular berbahaya, pastinya hak dan keistimewaan yang diperjuang serta dipertahankan oleh Umno selama ini tidak akan mampu dikekalkan,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini, Khamis.

Ucapan dihadapan 2,729 perwakilan Umno itu turut disiarkan secara langsung di televisyen.

Tambah Perdana Menteri lagi, orang Melayu seharusnya berasa takut jika kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno jatuh ke tangan pembangkang yang diketuai DAP.

“Kalaulah orang Melayu dan bumiputera boleh menyelami apa yang tersurat serta isi maksud yang tersirat daripada ucapan saya kali ini, natijah buruk dan mimpi ngeri yang bakal tiba serta melanda hidup serta nasib mereka, saya yakin mereka berasa takut dan bimbang.

"Seiring itu, kepada rakan-rakan dan saudara-saudara kita rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, usahlah bimbang kerana selagi kerajaan Malaysia diinduki oleh kepimpinan Umno maka kami akan terus berlaku adil,” katanya.

Tags / Kata Kunci: DAP , Melayu , Najib , Umno

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan