Wanita Perak Cadang Jawatan Timbalan Presiden Umno II

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2016 5:47 PM

Ketua Wanita Umno Bahagian Pasir Salak Perak Datuk Dr Wan Norashikin membahaskan usul pendidikan, agama dan sosial pada Persidangan Wanita Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perwakilan Wanita Umno Perak mencadangkan supaya ketua pergerakan itu dinaik taraf ke jawatan baharu iaitu Timbalan Presiden Umno II.

Ketua Wanita Umno Bahagian Pasir Salak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, sudah tiba masanya perubahan dilakukan pada Perlembagaan Umno bagi mencerminkan peranan penting wanita di dalam parti ini.

"Kita bukan nak tambah kerusi, cuma diubah sedikit. Sudah sampainya kita ubah perlembagaan parti, cermin peranan wanita dalam parti ini," katanya.

Beliau berkata demikian bagi membahaskan usul pendidikan, agama dan sosial pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno di Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra, petang Rabu.

Menurut Dr Wan Norashikin, jawatan Ketua Wanita Umno sepatutnya berada pada kedudukan lebih tinggi daripada jawatan Ketua Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno.

"Kita ibarat satu keluarga besar, kita ada bapa, kita ada ibu. Takkan ibu ini puan-puan sama taraf dengan anak lelakinya mahupun anak perempuannya.

"Kalau tidak pun bawah sikit daripada ayah sebab itu kita minta jawatan Timbalan Presiden II," katanya sambil disokong tepukan gemuruh perwakilan.

Pada masa sama, beliau turut menggesa supaya kerajaan  memperkenalkan mata pelajaran bahasa Mandarin bermula di sekolah rendah kebangsaan untuk membanteras masalah keruntuhan tamadun dalam kalangan masyarakat negara ini.

Katanya, cadangan ini sejajar kejayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menarik pelaburan besar dari China baru-baru ini.

"Kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Mandarin penting jika kita mahu mencapai kemajuan secara inklusif," katanya.
Tags / Kata Kunci: Wanita Perak , Umno , timbalan presiden

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan