"Salam 30 Peratus", Wanita Umno Tuntut Janji

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2016 2:00 PM

Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (tengah) bergambar kenangan bersama Exco-Exco Wanita pada Persidangan Wanita Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, lokasi Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno 2016 gamat seketika apabila seramai 977 perwakilannya melaungkan "Salam 30 Peratus" sebelum ketuanya memulakan ucapan dasar.

Cogan kata yang dilaungkan seluruh perwakilan itu sebagai isyarat Wanita Umno menuntut kuota calon 30 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil ketika menyampaikan ucapan dasarnya berharap kerajaan mengotakan janji yang disuarakan itu.

"Bercakap mengenai 30 peratus, jangan hanya manis di bibir saja. Selaku ketua, saya sudah dengar pelbagai janji. Kita mendakap janji mereka tetapi sebagai bekas peguam, saya mahu bukti kata-kata itu.

"Apa pun, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kata beliau akan 'bisik' kepada presiden kita. Saya faham, kita doakan supaya bisikan beliau menjadi kenyataan," katanya.

Pada Selasa, Ahmad Zahid semasa menyampaikan ucapan merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno berkata, beliau akan berusaha mengusulkan penambahan bilangan calon dari ketiga-tiga sayap untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Pada PRU ke-14 nanti, saya sendiri akan membisikkan dan membisikkan lagi kepada presiden kita untuk menambah bilangan calon, dalam kalangan tokoh-tokoh yang berada dalam ketiga-tiga pergerakan sayap," katanya.

Sementara itu, Shahrizat turut menggesa jentera Wanita Umno agar bersedia untuk memenangkan calon parti itu pada PRU-14.

"Saya tahu dalam kalangan puan-puan ada yang menghadapi masalah dengan ketua-ketua bahagian, ada yang tak cukup peruntukan, ada yang guna duit poket sendiri. Namun Wanita masih lagi jentera terkuat parti.

"Kita wajib menang. Kita mesti menang. Umno perlu menang kerana ini tempatnya orang Melayu berpaut, kemenangan Umno bermakna kemenangan bangsa Melayu bersama dengan semua kaum lain," katanya.
Tags / Kata Kunci: Shahrizat , Wanita Umno

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan