Puteri Umno Kutuk Penindasan Etnik Rohingya

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2016 10:27 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Puteri Umno mengutuk penindasan ke atas etnik Rohingya di Myanmar dengan menggesa pihak berkuasa di peringkat antarabangsa mendesak supaya menghentikan pelbagai tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati berkata, pihak seperti Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu mengambil ketetapan segera.

"Menyedihkan sekali apabila rumah-rumah etnik Rohingya dibakar, golongan wanita dirogol bergilir-gilir sebelum dipenggal lehernya, kehidupan kanak-kanak dirampas dan umat Islam dipaksa menukar agama atau dibunuh.

"Oleh itu, kita menggesa agar semua pihak, khususnya OIC, Asean dan PBB mengambil ketetapan dengan segera untuk menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan oleh regim Mynmar itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Pergerakan Puteri Umno sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Mas Ermieyati berkata, Puteri Umno turut mendesak supaya Jawatankuasa Anugerah Nobel menarik balik anugerah Nobel Keamanan yang diberikan kepada pemimpin pro-demokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi.

Ketua Puteri itu turut mengingatkan semua pihak supaya mengambil iktibar berdasarkan peristiwa pahit yang berlaku di Myanmar.

"Sesuatu yang menimpa saudara kita di Rohingya tidak mustahil akan menimpa kita jika kita alpa," katanya.

Tags / Kata Kunci: Puteri Umno , Rohingya , PWTC

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan