Penduduk Lega Ribuan Ulat Bulu Hitam Disembur Racun

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2016 9:42 AM

Kakitangan pasukan Unit Bio Security Tumbuhan dari Jabatan Pertanian Kedah menyembur racun untuk membunuh ulat bulu hitam di Kampung Tepi Laut Tebengau, Kuala Kedah, Selasa. Ribuan`Ulat Bulu Hitam’ memenuhi jalan kampung dan pokok-pokok di kampung berkenaan hingga menjejaskan majlis perkahwinan salah seorang penduduk di situ pada 27 November lalu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sebahagian penduduk di Kampung Tepi Laut Tebengau, Mukim Tebengau, di sini menarik nafas lega apabila ribuan ulat bulu hitam yang menyerang kampung berkenaan dihapuskan.

Ulat-ulat itu dihapuskan melalui semburan racun ulat yang dilakukan sepasukan unit Biosekuriti Tumbuhan dari Jabatan Pertanian negeri yang bermula pada 8.30 pagi Selasa.

Penolong Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Emi Faizal Mohd Borhan berkata seramai sembilan anggota ditugaskan untuk proses penyediaan racun dan penyemburan di sepanjang satu kilometer jalan kampung berkenaan.

"Tujuan kita adalah untuk menghapuskan populasi ulat-ulat ini supaya tidak lagi mengganggu kehidupan penduduk, sekiranya masih ada, kita akan buat semburan lagi sehingga ia dapat dihapuskan sepenuhnya," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Setakat ini, beliau berkata belum ada kawasan pertanian atau sawah padi berdekatan diserang ulat itu dan pemantauan masih diteruskan agar masalah yang membelenggu penduduk dapat diatasi secepat mungkin.

Seorang penduduk, Yunus Saad, 52, berkata beliau bersyukur kerana Jabatan Pertanian datang melakukan semburan racun di sekitar rumahnya sebelum majlis perkahwinan anak perempuannya, Shafiqah, 25, dan pasangannya, Harun Naim, 31, Rabu.

"Saya ada melakukan semburan semalam dan pagi tadi, sebelum pihak berwajib datang membuat semburan racun dan persiapan kenduri anak perempuan saya dapat dilakukan dengan lancar.

"Jika tidak dilakukan semburan saya bimbang, 2,000 tetamu yang dijemput tidak akan hadir dan tentunya menjejaskan majlis perkahwinan ini," katanya.

Pada Ahad, Bernama melaporkan ribuan ulat bulu hitam memenuhi jalan kampung dan pokok-pokok di kampung berkenaan sehingga menjejaskan majlis perkahwinan seorang daripada penduduk di situ pada 27 November lalu.

Serangan ulat bulu hitam yang menggemparkan penduduk Kampung Tepi Laut itu dipercayai akibat sumber makanan serangga berkenaan iaitu daun pokok api-api telah habis dan menyebabkan pokok tersebut mati.

Masalah ini mengakibatkan ada penduduk yang terpaksa meninggalkan rumah dan tidur di dalam kelambu terutama anak kecil bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Tags / Kata Kunci: ulut bulu , ulat hitam , Mukim Tebengau

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan