PAU2016: Wan Khair-il Dinobat Wira Bangsa

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2016 11:06 AM

Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemergian bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam tragedi helikopter terhempas di Sarawak terus dikenang sebagai wira bangsa yang menyumbang jasa dan bakti untuk pembangunan negara.

Sehubungan itu, Pergerakan Pemuda Umno buat julung kalinya memperkenalkan Anugerah Wira Sangsaka Bangsa bagi mengiktiraf dan mengenang sumbangan Wan Mohammad Khair-il.

Bagi Pemuda Umno, kepemimpinan Wan Mohammad Khair-il yang lahir daripada sayap berkenaan wajar dicontohi apabila meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

Anugerah sulung berkenaan disampaikan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kepada isteri Wan Mohammad Khair-il, Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar pada Perhimpunan Agung Pemuda Umno di sini, Rabu.

Wan Mohammad Khair-il merupakan antara enam yang terlibat dalam nahas helikopter di Sebuyau ketika menyertai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada Mei lalu.

Allahyarham memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar dalam PRU-13 dengan majoriti 1,082 undi mengalahkan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan calon bebas, Kamilia Ibrahim.

Perjalanannya dalam karier politik memuncak apabila dipilih sebagai Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar pada 2004.

Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Chandan selama sepenggal dari 2008 hingga 2013, sebelum memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Wan Mohammad Khair-il dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar pada 2013.


Tags / Kata Kunci: Pemuda Umno , Wan Mohammad Khair-il

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan