Pakaian Percuma 'Suntik' Inspirasi Perpaduan

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2016 10:42 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dr Rusaslina Idrus masih ingat lagi bagaimana bapanya menggunakan mesin taip yang dimilikinya untuk membantu seorang pemandu teksi menaip permohonan kerja ketika beliau masih kecil.

Keluarganya juga berkunjung ke rumah anak yatim untuk memberi pakaian dan membantu orang lain di kampung mereka di Pahang.

Ibunya pula, sehingga kini telah meluangkan masanya untuk memasak dalcha, ayam goreng dan nasi untuk 100 orang gelandangan menerusi program Dapur Jalanan.


Dan kedua-duanya mereka telah menyokong Kedai Jalanan, kedai jalanan unik yang yang menyediakan pakaian percuma dan kelengkapan peribadi kepada gelandangan dan orang miskin di tengah bandar.

Kedai itu merupakan idea yang dicetuskan oleh anak perempuan mereka Rusaslina atau lebih dikenali sebagai Lin, yang merupakan salah seorang daripada 10 pemenang Anugerah Golden Hearts Star tahun ini, yang disokong oleh Gamuda.

Daripada 10 pemenang, Lin, pensyarah di Universiti Malaya dipilih sebagai penerima 'Anugerah Inspirasi Star-Gamuda: Ke Arah Malaysia Sederhana', yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM50,000.


Apa yang dilakukan melambangkan prinsip inspirasi dan kesederhanaan yang diamalkan di Gamuda, kata Pengarah Urusan Gamuda Engineering Datuk Ubull Din Om.

"Kami sangat percayakan nilai inspirasi dalam tenaga kerja kami yang pelbagai untuk bersama-sama sebagai satu pasukan, bagi berdepan cabaran dan kejayaan membina infrastruktur paling penting di negara ini," tambah beliau.

Bagi panel penilai syarikat Gamuda, Kedai Jalanan dilihat jelas berkongsi nilai-nilai yang sama.

Lin yang terkejut tetapi berbesar hati apabila Kedai Jalanan dipilih untuk anugerah itu berkata 'ia bukan saya sahaja' kerana ramai yang terlibat dalam menjadikannya sebagai satu kejayaan.

Beliau tidak melupakan pelajarnya, kerana merekalah yang terlibat dalam membantu perjalanan projek: "Mereka pasti akan teruja!"

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan