Jom ‘Like’ Facebook Najib - Pemuda Umno

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2016 7:13 PM

Wakil Terengganu Mohd Johari Abu Bakar ketika mengambil bahagian dalam perbahasan pada persidangan perwakilan Pemuda Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jentera Umno di semua peringkat diminta memperkasakan penggunaan media sosial sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Perwakilan Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar berkata, media sosial seharusnya menjadi saluran penting untuk menyebarkan maklumat dan menangkis fitnah pembangkang.

“Kita kena jadi juara media sosial termasuk pertahankan pemimpin yang kena hentam di media sosial.

“Facebook PM (Datuk Seri Najib Tun Razak) tu kalau boleh kita pakat ‘like’ ramai-ramai. Sedih bila tengok komen yang menghina pemimpin kita di laman sosial,’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Ucapan Dasar Ketua Pemuda Umno sempena Perhimpunan Agung pergerakan itu di sini, Rabu.

Tambah Mohd Johari yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu, mengakui parti itu agak ketinggalan dalam penggunaan media sosial untuk kepentingan parti.

Sementara itu, perwakilan Pahang, Mohd Fadzlei Abd Mubin turut melahirkan kebimbangan sama berhubung kekuatan Cybertrooper Umno.

“Media sosial kini menjadi ejen fitnah dan medan mahkamah rakyat. Sesiapa sahaja boleh sebarkan apa-apa maklumat yang boleh merosakkan imej Umno dan kerajaan.

“Lebih parah apabila orang ramai mula mempercayai kata-kata fitnah yang disebarkan itu. Jadi jentera kita perlu diperkuatkan khususnya dalam penggunaan media sosial,” katanya. 


Tags / Kata Kunci: Najib , Umno , Facebook

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan