Kak Pipi Pom Pom Gamat Perbahasan Puteri Umno

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2016 6:58 PM

Gaya bersahaja Norsarfina yang mendapat jolokan Kak Pipi Pom Pom menggamatkan perbahasan Puteri Umno pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aksi bersahaja dan mencuit hati 'Kak Pipi Pom Pom' menggamatkan perbahasan Puteri Umno di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Bagaimanapun ini bukanlah Kak Lina Pom Pom bintang Gegar Veganza Musim Ketiga, Elly Mazlein, sebaliknya ia gelaran buat Ketua Puteri Bahagian Jerantut, Norsarfinaz Mohd Azman.

Perwakilan Pahang itu menggelarkan dirinya sebagai 'pemimpin kecil dua alam' berikutan kawasan Jerantut di luar bandar, manakala beliau mencari rezeki di Selangor.

"Tidak kira di bandar mahupun luar bandar, antara punca penyakit sosial adalah berhibur secara berlebihan," katanya sambil menambah antara carian trending di Internet di kalangan anak muda seperti Gegar Veganza.

Tambah gamat lagi, perwakilan itu melaungkan "Gegar Veganza" dan "Mujur Ada Pamoga" yang merujuk kepada penaja platinum program hiburan itu.

Menurut Norsarfinaz, anak muda kini taksub terhadap beberapa aplikasi media sosial yang memudahkan mereka mencari teman.

Tambahnya, semakin ramai mula menjalinkan hubungan terlarang menggunakan aplikasi tanpa sempadan semudah 'shake-shake'.

"Gegar, gegar... 100 meter dah jumpa pasangan, gegar... gegar jumpa tall, dark and handsome," katanya yang mendapatkan sorakan perwakilan.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul agama, sempena Perhimpunan Agung Puteri Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Mengenai aplikasi berkenaan, Norsarfinaz menyentuh mengenai kesannya, termasuk peningkatan kes anak luar nikah, penceraian dan gangguan seksual.

"Agaknya tengah Kak Pipi cakap ni, ada kes cerai tengah jalan," katanya sekali lagi riuh dengan telatah Kak Pipi Pom Pom.

Gaya bersahaja Norsarfinaz sekali lagi menyerlah apabila dia menyapa Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid yang hadir bagi mendengar perbahasan Puteri Umno.

"Mama Mastura, jemput....," ayat manis penuh manja Norsarfinaz apabila melihat Mastura hadir sambil ditemani tiga daripada empat anak lelakinya.

Selain Mastura, Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut berkesempatan mendengar bahasa Ketua Puteri Bahagian Jerantut itu.

"Datuk Seri, saya Sha, boleh saya sambung (bahas)," katanya dengan nada bergurau.

Dalam pada itu, Norsarfinaz turut menegur kepimpinan parti supaya lebih telus dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

"Orang muda ibarat anak. Pemimpin di atas ibarat ketua keluarga. Kepimpinan melalui teladan, bukan kepimpinan di jalanan.

"Kalau kata ekonomi tak stabil, katalah tak stabil. Janganlah kata okay," katanya sambil merujuk kepada keadaan ekonomi yang tidak menentu sehingga memberi kesan kepada rakyat.

Tags / Kata Kunci: Puteri Umno , PWTC , Gegar Vaganza , Norsarfinaz

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan