Jenazah Syed Redzuan Dibawa Pulang Tiga Hingga Empat Hari Lagi

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2016 3:31 PM

Syed Redzuan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jenazah Syed Redzuan Syed Salim Shatri, pendaki warga Malaysia yang maut di Gunung Damavand, Iran, dijangka dibawa pulang dalam tempoh tiga hingga empat hari lagi.

Ketua Ekspedisi, Rozaimi Mohd Said berkata jenazah Syed Redzuan, 50, kini berada di ibu negara Iran, Tehran, dan telah melalui beberapa proses di Hospital Daerah Amol, Iran.

"Antara proses yang perlu dilalui termasuk proses mendapat kebenaran daripada hakim untuk memindahkan jenazah ke luar kawasan. Sekarang masih ada beberapa proses perlu dijalankan di Hospital Tehran.

"Jenazah dijangka akan diterbangkan ke Malaysia dalam tiga atau empat hari lagi," katanya kepada pemberita melalui aplikasi WhatsApp daripada Tehran, Iran.

Jasad Syed Redzuan ditemui pasukan mencari dan menyelamat di Yakhar Glacier di kawasan pergunungan bersalji itu, Isnin.

Syed Redzuan dan Ramli Abd Majid, 44, dilaporkan hilang di gunung setinggi 5,610 meter itu pada 20 November lepas setelah terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.

Rozaimi berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk menjejaki Ramli tidak dilakukan hari ini atas faktor cuaca.

"Kami akan mengadakan satu mesyuarat di antara Pasukan Bulan Sabit Merah Iran yang mengetuai operasi SAR bersama pihak kedutaan dan juga ahli keluarga berhubung insiden ini.

"Walaupun cuaca tidak mengizinkan, namun operasi SAR tetap akan diteruskan kelak dengan memberi fokus pencarian di kawasan sebelah utara (gunung itu)" katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan