Ucapan Mas Ermieyati Bangkit Semangat Anak Bongsu

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2016 7:00 PM

Mas Ermieyati mendukung anak bongsunya, Ieman Misha sebaik selesai menyampaikan ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno di PWTC, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ucapan dasar Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada perhimpunan agung pergerakan itu pada pagi Rabu bagaikan membangkitkan semangat anak bongsunya yang baru berusia 11 bulan.

Sebaik sahaja selesai berucap, anak bongsunya, Eiman Miesha Helmy menangis sehingga tangisannya didengari di seluruh dewan.

Situasi itu sekali gus membuatkan perwakilan Puteri Umno di Dewan Tun Dr Ismail di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) senyap seketika.

Perhimpunan kali lebih istimewa kerana selain perwakilan, ucapan timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan itu   turut disaksikan suami, Mohd Helmy Abd Talib
dan kelima-lima anak mereka, Muhammad Haiqal, 13, Muhammad Hakim, 12, Muhammad Hafiy, 7, Muhammad Hasif, 5, dan Ieman Misha,  11 bulan.

Melihatkan keadaan itu, Pengerusi Tetap Puteri Umno, Azlieza Azizan sempat berkata, ucapan dasar ketua pergerakan itu begitu bersemangat hingga mampu membuatkan anak bongsunya menangis.

"Biar dari kecil dia dah nampak mak dia kat depan. Nanti dah besar boleh jadi ahli Puteri Umno," katanya sambil mendapat sorakan dan tepukan perwakilan.

Tambah Azlieza lagi, semangat Mas Ermieyati turut memberi 'aura' kepada anak yang dikandungnya.

"Anak saya dalam perut pun dah menendang-nendang ni," katanya berseloroh.

Tags / Kata Kunci: Puteri Umno , Eiman Miesha

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan