Umno: Zahid Tanya Siapa Melayu Haprak

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 10:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menempelak bekas pemimpin tertinggi parti itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan kuasa dan kedudukan.

Katanya, pemimpin berkenaan yang sebelum ini pernah mengungkapkan istilah ‘Melayu mudah lupa’ dan ‘Melayu haprak’ kini mengambil langkah matlamat menghalalkan cara termasuk sanggup menyerang Umno demi kemaruk kuasa.

"Masih ingatkah kita semua suatu masa dahulu seorang nakhoda telah mengungkapkan perihal 'Melayu mudah lupa' dan 'Melayu haprak'.

"Namun malang sekali, nakhoda pengungkap 'Melayu haprak' itu telah terjun dari bahtera Umno ini. Sebenarnya siapakah yang haprak ni?,” katanya pada perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2016 pada Selasa malam.

Tegas Ahmad Zahid yang kini menjalankan tugas timbalan presiden Umno, ahli parti itu seharusnya tidak melupakan jasa dan sumbangan Umno dalam memastikan kelangsungan survival orang Melayu.

“Yakinilah kita semua pada malam ini, tetaplah kekal bersama dengan Umno, parti ini adalah pilihan jalan yang lurus dan insyaAllah akan diredhai Allah SWT selamanya.

"Kita orang Melayu tidak akan lupa jasa, nafas dan roh perjuangan yang dibawa oleh Umno. Kita juga tidak akan lupa bahawa Umno ialah satu-satunya wadah keagungan agama Islam dan kuasa Melayu,” katanya.

Sebelum ini, bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mencetuskan kontroversi ketika era pemerintahannya apabila melabel Melayu sebagai ‘haprak’.

Kamus Dewan mengkategorikan haprak di dalam kelompok ‘bahasa kasar’. Ia ditakrif sebagai kata makian yang bermaksud tidak bergunanya seseorang.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid , Umno

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan