Ibu Pejabat Baharu Umno Pembakar Semangat Anggota Parti

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 7:51 PM

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kiri) melihat model replika bangunan Pusat Dagangan Dunia KL Putra pada majlis pecah tanah projek pembangunan kompleks itu di tapak Hentian Putra pada 29 November 2016. Turut hadir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembinaan Pusat Dagangan Dunia KL Putra (KL PWTC) yang bakal menjadi ibu pejabat baharu UMNO diharap akan menjadi pembakar semangat anggota parti untuk terus berjuang demi bangsa, agama dan negara.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata roh UMNO adalah tunjang kepada bangunan itu yang mana setiap butir tanah dan lapisan dinding terbina atas keringat serta air mata anggota bersama pemimpinnya.

"Ia adalah lambang kesetiaan, keikhlasan dan semangat anggota UMNO dalam memartabatkan perjuangan orang Melayu. Ini adalah hari bersejarah buat kita pewaris pimpinan UMNO," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah pembangunan KL PWTC di sini Isnin.

Menurut perdana menteri bangunan menara setinggi 70 tingkat itu dibangunkan sempena 70 tahun usia UMNO dan kerja-kerja fizikal dijadual akan dimulakan pada 11 Mei 2017 bersempena tarikh kelahiran UMNO.

Najib berkata mercu tanda ikonik Kuala Lumpur itu akan menampilkan persekitaran bersepadu merangkumi hotel, pejabat 70 tingkat dan dewan baharu selain sebuah masjid yang boleh menampung sebanyak 5,000 jemaah.

Najib berkata dengan pembinaan ibu pejabat baharu itu, Dewan Tun Razak sedia ada akan dijadikan dewan dua tingkat manakala Dewan Merdeka, Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr Ismail dinaik taraf sebagai pusat urusan perniagaan setempat serta acara korporat.

Menurut beliau tema seni bina projek transformasi itu diilhamkan daripada pakaian tradisional Melayu yang diambil daripada corak dan lipatan unik pada samping, lok keris serta ukiran hulu keris.

"Ia adalah lambang kesetiaan, keikhlasan dan semangat anggota UMNO dalam memartabatkan perjuangan orang Melayu," katanya.

Mengimbau sejarah Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekarang, Najib berkata bangunan yang berdiri kukuh sejak 31 tahun lalu itu menjadi saksi kepada kegembiraan, suka dan duka UMNO terutama semasa berlangsungnya persidangan.

"Kita ketawa, kita menangis, kita berhujah, kita berkongsi pandangan, kita berlainan pendapat, kita berdebat. Dinding, lantai dan bumbung Dewan Merdeka mencerap jutaan cerita kisah perjuangan UMNO dalam membela anak bangsanya," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Umno

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan