Umno Payung Bukan Melayu - Zahid

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 11:02 PM

Sebahagian pemimpin parti komponen yang hadir pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Dewan Merdeka PWTC, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konsep perkongsian kuasa dengan masyarakat bukan Melayu yang diamalkan sejak dahulu akan terus dipertahankan selari dengan semangat 1Malaysia, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tegas beliau, sebagai parti yang menunjangi Barisan Nasional (BN), Umno akan terus memayungi kaum bukan Melayu berdasarkan prinsip ‘sebumbung senegara’.

"Umno bukan rasis. Sesungguhnya, Umno bukan hanya untuk orang Melayu dan Bumiputera sahaja.

"Umno juga memperjuangkan hak semua bangsa dan kaum walaupun fakta membuktikan Umno dan BN ditolak oleh rakyat bandar yang majoritinya bukan Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2016 pada Selasa malam.

Selain itu Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyeru komponen BN supaya bekerja keras bersama-sama Umno untuk mempertahankan kedaulatan negara.

"Saya berharap kedudukan Umno sebagai parti politik tulang belakang BN tidak dipandang serong oleh rakan-rakan kita.  Kita berprinsip untuk mengamalkan perkongsian kuasa.

"Kepada rakan-rakan komponen BN yang lain, ayuh, kita sama-sama berganding bahu, serta perkuatkan kekuda perjuangan bagi membolehkan kita melawan sesiapa sahaja yang cuba meruntuhkan kerajaan kita pada hari ini,” katanya.
Tags / Kata Kunci: Umno , Ahmad Zahid

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan