Semboyan Pilihan Raya Berbunyi - KJ

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 6:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semboyan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) mula berbunyi apabila Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amanat kepada jentera parti supaya bersiap siaga menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Najib menyeru kepada semua pimpinan dan jentera parti supaya membuat persiapan awal dalam memikul amanah dan tanggungjawab masing-masing.

"Tak tahu pilihan raya bila tetapi semboyan telah berbunyi untuk kita melaksanakan tugas dan memastikan Umno bersedia menghadapi pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.

Ketua Penerangan parti, Tan Sri Annuar Musa berkata, Najib memberikan signal yang jelas untuk parti membuat persiapan dalam semua keadaan di samping menguatkan jentera parti.

"Beliau juga mahu Umno menjuarai rakyat untuk membawa citarasa rakyat dan kekal sebagai sebuah parti yang membela rakyat.

"Sebagai sebuah parti, idah pilihan raya umum itu tidak berapa lama lagi ada, maka kita perlu membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa," katanya.

Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pula berkata, presiden parti menyeru pimpinan terus mengukuhkan perpaduan di peringkat akar umbi.

Beliau menambah, inilah masanya untuk semua pihak dalam parti memenangi hati rakyat dengan berkhidmat sehabis baik.

"Kita perlu bersatu dan membuat terbaik untuk rakyat bagi memenangi pilihan raya akan datang," kata Mas Ermieyati.

Tags / Kata Kunci: UMNO , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan